Hubei
Hubei

Hubei

 Hubei (bantuan·maklumat) (Bahasa Cina: 湖北; pinyin: Húběi; Ejaan peta pos: Hupeh) ialah sebuah wilayah di kawasan pedalaman Republik Rakyat China. Singkatannya ialah 鄂 (pinyin: È), iaitu satu nama kuno yang berkaitan dengan bahagian timur wilayah ini sejak Dinasti Qin. Nama Hubei bermaksud "utara tasik", iaitu kedudukan Hubei di utara Tasik Dongting. Ibu wilayah Hubei ialah Wuhan.Hubei bersempadan dengan Henan di utara, Anhui di timur, Jiangxi di tenggara, Hunan di selatan, Chongqing di barat, dan Shaanxi di barat laut. Empangan Tiga Gaung yang terkenal terletak di Yichang, di bahagian barat Hubei, dan begitu juga Universiti Tiga Gaung.Satu nama tidak rasmi yang popular untuk Hubei ialah Chu (Bahasa Cina: 楚; pinyin: Chǔ), bersempena Negara Chu perkasa yang pernah wujud di sini ketika Dinasti Zhou Timur.

Rujukan

WikiPedia: Hubei http://www.hubei.gov.cn http://www.hubei.gov.cn/zwgk/zxwj/201803/t20180306... http://www.china.org.cn/english/features/43585.htm http://beekaytravels.blogspot.com/2006/12/11-novem... http://www.muztagh.com/images/map/map-of-hubei-lar... http://www.cn.undp.org/content/dam/china/docs/Publ... http://whc.unesco.org/en/list/705 http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... https://web.archive.org/web/20170107005006/http://... https://web.archive.org/web/20180622111517/http://...