Hubungan_antarabangsa

Hubungan antarabangsa (bahasa Inggeris: International relations IR) merupakan cabangan sains politik yang mengkaji hal ehwal luar negeri serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa, termasuk peranan negara-negara, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta perbadanan multinasional (MNC). Ia merupakan bidang akademik dan dasar awam, dan boleh dianggap sebagai positif atau normatif. Kajian ini bertujuan menganalisis serta membentuk dasar luar negeri bagi pelbagai negara.Hubungan antarabangsa sebagai kajian juga menggunakan ilmu pelbagai bidang seperti ekonomi, sejarah, undang-undang, falsafah, geografi, sosiologi, antropologi, psikologi dan kajian budaya. Ia melibatkan jumlah isu yang luas, dari globalisasi serta kesannya terhadap masyarakat dan kedaulatan negeri ke kemapanan ekologi, percambahan senjata nuklear, nasionalisme, pembangunan ekonomi, keganasan berbentuk terorisme, jenayah berorganisasi, keselamatan manusia dan hak asasi manusia.