Hukuman Hudud

Dataran Dira di Arab Saudi di mana hukuman hudud seperti hukuman penggal kepala dikuatkuasakan.

Secara ringkas, hukuman-hukumannya termasuklah:[10][27]

  • Hukuman mati dengan memenggal kepala atau menyalib (untuk murtad, penyamunan dengan membunuh), merejam (untuk zina oleh pesalah yang sudah berkahwin)
  • Pemotongan tangan atau kaki (untuk pencurian dan penyamunan tanpa membunuh)
  • Sebatan, dari 40 ke 100 kali (untuk zina dan mukah, minum arak, perjudian, dan qazaf)

Hukuman hudud untuk kecurian dilaksanakan terhadap beratus-ratus orang pada dua tahun pertama apabila Syariah dijadikan undang-undang negara di Sudan pada tahun 1983 dan 1985, tetapi kemudian ditarik balik dari permohonan tetapi bukan undang-undang. Rejaman atas kesalahan moral dilakukan sejak penguatkuasaan Syariah di Sudan pada 1991 tanpa permohonan keluaran. Biarpun terdapat hukuman rejam bagi zina ketika itu, namun tidak satu pun dilakukan.[petikan diperlukan]

Hukuman hudud bagi zina dalam perihal persetubuhan bebas serta hukuman ke atas mangsa kerana gagal menyampaikan empat orang saksi Muslim atas perihal rogol menjadi topik perdebatan hak asasi manusia.[28][29] Ini berpunca daripada sesetengah tafsiran ke atas Surah an-Nur ayat 4 seperti berikut:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

al-Quran 24:4

Walaupun terjemahan Melayu ini tidak menyebut akan dituntutnya empat orang saksi mestilah lelaki atau Muslim, tetapi sesetengah pihak menterjemah ungkapan "empat orang saksi" sebagai untuk lelaki sahaja.

Beratus-ratus orang wanita sedang dipenjarakan di Afghanistan merupakan mangsa rogol atau keganasan rumahtangga.[30] Hal ini telah dibidas sebagai menyebabkan "ratusan kejadian yang mana wanita dirogol ... lalu dituduh berzina" lalu dipenjarakan,[31] tetapi dibela sebagai hukuman yang ditentukan oleh Tuhan. Di Pakistan, terdapat lebih 200,000 kes zina terhadap wanita menurut undang-undang hududnya yang sedang diproseskan di pelbagai peringkat sistem perundangan Pakistan setakat tahun 2005.[32] Selain ribuan wanita di penjara yang menunggu untuk dibicarakan atas tuduhan berkenaan zina, berleluasanya keengganan untuk melaporkan zina kerana mangsa khuatir akan dituduh berzina.[33]

Rujukan

WikiPedia: Hudud http://azizulhakim91.blogspot.com/2011/12/sembang-... http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t1... http://time.com/107012/brunei-sharia-hudud-sultan/ http://www.washtimes.com/op-ed/20061116-090021-396... http://www.academia.edu/1035742/The_Quranists http://igcs.binghamton.edu/igcs_site/dirton27.htm http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://scholarlycommons.law.wlu.edu/wlulr/vol64/is... http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/16:106 http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/24:002