Hukum_Bragg
Hukum_Bragg

Hukum_Bragg

Dalam fizik, hukum Bragg merupakan hasil eksperimen bagi pembelauan sinar X atau neutron dari permukaan hablur pada sudut tertentu, dikembangkan oleh ahli fizik Sir W.H. Bragg dan anaknya Sir W.L. Bragg pada 1912, dan pertama kali dibentangkan pada 1912-11-11 kepada Persatuan Falsafah Cambridge. Walaupun mudah, hukum Bragg mengesahkan kewujudan zarah nyata pada skala atom, dan turut menyediakan kemudahan bagi pengajian hablur dalam bentuk pembelauan sinar-X dan neutron. Anak-beranak Bragg mendapat Hadiah Nobel dalam fizik pada 1915 bagi kerja mereka menentukan struktur hablur bermula dengan NaCl, ZnS, dan berlian.Apabila sinar X mengena atom, mereka akan membuatkan awan elektron bergerak seperti gelombang elektromagnet. pergerakan cas ini menyinarkan semula gelombang dengan frekuensi yang sama (kabur sedikit akibat pelbagai kesan); fenomena ini dikenali sebagai serakan Rayleigh (atau serakan kenyal). Proses yang sama berlaku kepada serakan gelombang neutron dari nukleus atau melalui interaksi spin yang koheren dengan elektron tak berpasangan. Pancaran semula medan gelombang akan mengganggu antara satu sama lain sama ada membina atau memusnah untuk menghasilkan corak pembelauan pada filem atau pengesan. Gelombang bercorak gangguan merupakan asas analisis pembelauan. Kedua-dua panjang gelombang neutron dan sinar X boleh dibandingkan denga jarak anatar atom (~150 pm) yang menyebabkannya sangat sesuai sebagai kayu ukur bagi skala ini.Gangguan adalah membina apabila perubahan fasa adalah gandaan 2π; syarat ini boleh dinyatakan oleh hukum Bragg:iaitu
Menurut sisihan 2θ, perubahan fasa disebabkan gangguan membina (kiri) atau memusnah (kanan)Bagi zarah yang bergerak, termasuk elektron, proton dan neutron, mereka mempunyai panjang gelombang bersekutu yang ditetukan oleh Louis de Broglie (lihat panjang gelombang De Broglie).