Hukum_Memakan_Daging_Haiwan_Mamalia_Maun_(Mamalia_Hebivor)_Menurut_Islam

Dalam ajaran Islam terdapatnya beberapa spesifikasi dalam memakan Daging Haiwan Mamalia Maun (Mamalia Hebivor), berikutan perintah Allah untuk manusia menikmati daging-daging haiwan yang mempunyai nilai spesifikasi kehalalannya yang besar.Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maaidah ayat ke 3-5 yang bermaksud:3. “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah), daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya), dan diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah), (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini) orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa) kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 4. “Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”. Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu), maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untuk mu), dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya)) Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya (perhitungan-Nya).”5. "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengahwini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan) di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kahwin(mihar), mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari akhirat termasuk orang-orang merugi."Firman Allah SWT dalam Al-Quran Surah At-Thur ayat ke-22,“Dan Kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini”.Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT akan memberi nikmat tambahan buah-buahan dan daging kepada para penghuni Syurga.Nabi Muhammad SAW pula pernah bersabda yang berbunyi;Dari Abi Dardaa’ RA, dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Makanan terbaik penduduk dunia dan penghuni Syurga adalah daging”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).Banyak pendapat yang telah dikemukakan oleh para Ulama Salaf tentang keutamaan daging dan memakannya. Misalnya, Az-Zuhry berkata memakan daging, menambah 70 macam kekuatan.Manakala Muhammad bin Wasi pula berpendapat memakan daging menambah ketajaman mata. Saidina Ali bin Abi Talib pula pernah berkata: “Makan daginglah(wahai sekalian)kamu. Kerana yang demikian itu menjernihkan (mencerahkan) warna kulit, mengecilkan perut dan memperbaiki tingkah laku”. Selain itu, Ali juga berkata “Barangsiapa yang meninggalkan memakan daging selam 40 hari (berturut-turut), maka akan buruklah tingkah laku (perangainya). Nafi’ pula pernah berkata bahawasanya Ibnu Umar jika dalam bulan Ramadhan, (beliau) tidak pernah lupa untuk memakan daging, demikian juga ketika dalam Musaffir (perjalanan jauh dengan tujuan membuat amal kebaikan).Bagi merungkai permasalahan berkaitan hukum memakan daging mamalia maun (mamalia herbivor) ini dalam aspek kebaikan dan keburukannya, sila lihat subtopik di bawah;