Hukum_Newton_Kedua

Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu. F → = m ( v → − u → ) / t {\displaystyle {\vec {F}}=m({\vec {v}}-{\vec {u}})/t}
iaitu F = daya paduan; m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F; v = halaju akhir objek; u = halaju awal objek; t = masa.Disebabkan pecutan objek diberi oleh a → = ( v → − u → ) / t {\displaystyle {\vec {a}}=({\vec {v}}-{\vec {u}})/t} , Hukum gerakan Newton kedua lebih terkenal dengan formula F → = m . a → {\displaystyle {\vec {F}}=m.{\vec {a}}} . Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya paduan F bukan sifar akan mengalami pecutan. Justeru, Hukum gerakan Newton kedua ini juga dikenali sebagai hukum pecutan.