Hukuman_mati_di_Malaysia

Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjata api adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan akan dilakukan dikemukakan kepada Yang Di Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang Di Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati purata seseorang itu menjalani hukuman mati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan.Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara terlibat akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung berasaskan 5 fasa tindakan.Pengampunan adalah suatu bidang kuasa yang terletak dibawah Raja atau Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) negeri di mana jenayah itu dilakukan, ATAU Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengampunkan penjenayah jika jenayah itu dilakukan di Wilayah Persekutuan atau apabila melibatkan ahli-ahli angkatan tentera. Hukuman mati di Malaysia dijalankan atas konsep gantung sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 281 Kanun Tatacara Jenayah. Wanita hamil dan kanak-kanak tidak boleh dihukum mati. Terdapat dua jenis hukuman gantung iaitu Hukuman gantung dan Hukuman gantung sehingga mati