Hulu_Kelang
Hulu_Kelang

Hulu_Kelang

Hulu Kelang atau Ulu Klang terletak di hulu Sungai Kelang, timur laut Kuala Lumpur. Kawasan yang berada di bawah mukim ini ialah Taman Melawati,Taman Permata dan Taman Keramat. Antara mukim lain di Gombak ialah Rawang, Setapak dan Batu.Muka buminya agak tinggi, 500 meter dari aras laut. Antara lokasi tinggi ialah Bukit Antarabangsa dan Bukit Kemensah dan Bukit Belacan. Ulu Klang menjadi kawasan tadahan hujan bagi Sungai Klang. Aliran Sungai Kelang telah diluruskan di beberapa tempat dan ini menyebabkan aliran air bertambah pantas dan menyebabkan Kuala Lumpur mengalami banjir kilat pada 10 Jun 2007.Bukitnya terdiri daripada batu kapur yang rapuh dan larut ketika hujan lebat. Akibatnya beberapa rumah di lereng bukit mendap dan runtuh. Contohnya kondominium Highland Towers yang runtuh pada 1993. Jalan utama telah dinaik taraf pada tahun 2000 menjadi Lebuh raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur, dari Tesco Extra Cheras ke Ulu Klang melalui tempat-tempat yang berikut iaitu Zoo Negara, Taman Melewar, Gombak, UIAM, Batu Caves dan terus ke pinggir Selayang. Lebuh raya ini menjadikan lalu lintas dari Cheras ke Gombak dan Kuantan menjadi lebih pantas.Ulu Klang mendapat limpahan pembangunan Lembah Kelang. Banyak kilang dan taman perumahan telah dibina. Antara kilang yang terdapat di sini Texas Instrument. Gudang DBP juga terletak di sini. Hutan-hutan di belakang Zoo Negara telah diteroka dan dimajukan sehingga menjejaskan persekitaran Zoo Negara. Oleh itu mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib hendak memindahkan Zoo Negara ke Hulu Selangor atau ke Sepang. Akhirnya pemindahan ini dibatalkan kerana mendapat bantahan orang ramai dan pihak pengurusan Zoo Negara. Tempat lain yang strategik ialah air terjun Bukit Belacan dan Hulu Kemensah. Ada lorong denai dari Kemensah ke puncak Gunung Nuang di Hulu Langat bagi pendaki gunung. Kawasan ini mempunyai keluasan seluas 16.94 km kagi persegi.  Lokasi kawasan ini adalah di Timur Laut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Ia dilingkungi oleh kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran iaitu Taman Keramat AU1 yang juga dikenali sebagai Keramat Permai, Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU3 ,Taman Keramat AU4 dan Taman Keramat AU 5.Dari segi geografi, perletakannya ialah pada latitud 3011’2” dan longtitud  101044’58” dalam peta Malaysia.  Bentuk muka bumi di sini ialah tanah tinggi dan tanah pamah atau tanah beralun.