Penduduk Hulu_Langat

Penduduk asal daerah ini adalah terdiri daripada orang Melayu yang kebanyakan adalah orang Minangkabau di samping kehadiran suku etnik Melayu lain iaitu suku Jambi, Mendailing ,sedikit Jawa, dan lain-lain. Buktinya kini dapat dilihat berdasarkan pertuturan masyarakat tempatan yang cenderung menggunakan bahasa loghat tersebut.

Aktiviti ekonomi utama pada waktu ini adalah pertanian. Semasa zaman penemuan bijih timah di kawasan ini terutama di kawasan Cheras, Ampang dan kawasan sekitarnya terutama Kuala Lumpur, wujud perpindahan etnik yang ketara di kawasan ini. Suku Kerinchi (Jambi) tiba dengan ramainya untuk membuat kerja-kerja mengangkut hasil bijih ke Mantin atau Seremban melalui Sungai Ujong untuk dieksport ke Kuala Sungai Langat & Kuala Sungai Klang. Laluan Sungai Klang dan Sungai Langat dianggap tidak selamat akibat berleluasanya aktiviti perlanunan.

Terdapat tentera laut orang-orang Melayu yang serba kekurangan akan merompak kapal-kapal dagang untuk membiayai operasi ketenteraan pemimpin mereka, akibat dari perang saudara di Kelang antara Raja Mahadi (Waris yang sepatutnya mentadbir mukim Kelang) & Tengku Kudin (kerabat Raja Kedah, yang terkenal sebagai dalang yang bertanggungjawab secara langsung membawa kemasukan Residen British dan kongsi gelap Cina ke Selangor).

Kebanjiran buruh asing warga Cina membawa bersama pakatan kongsi-kongsi gelap mereka menyemarakkan lagi perang saudara di kawasan ini terutama di zaman kapitan Yap Ah Loy.

Rujukan

WikiPedia: Hulu_Langat http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18694 http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=vertse... http://www2.selangor.gov.my/hululangat.php/pages/v... http://www2.selangor.gov.my/hululangat.php/pages/v... http://statistics.gov.my/portal/download_Stats_Neg... http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul... http://www.hululangat.net/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=H... https://web.archive.org/web/20140522234002/http://... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Hulu_L...