Hutan_Ardennes
Hutan_Ardennes

Hutan_Ardennes

Kawasan Ardennes (Sebutan bahasa Melayu: [ardɛn]; Bahasa Perancis: L'Ardenne; Bahasa Belanda: Ardennen; Templat:Lang-wa; Bahasa Luxembourg: Ardennen; juga dikenali sebagai Hutan Ardennes) adalah kawasan hutan yang luas, rupa bumi yang berbukit-bukau dan rabung yang dibentuk oleh ciri-ciri geologi banjaran gunung Ardennes dan lembah Sungai Moselle dan lembah Sungai Meuse. Secara geologi, banjaran ini merupakan sambungan sebelah barat pergunungan Eifel dan mula wujud semasa zaman Givetian[1] dari zaman Devon (387.7 hingga 382.7 juta tahun yang lalu) sama seperti beberapa banjaran besar yang lain.Berpusat di Belgium dan Luxembourg, tetapi memanjang ke Jerman dan Perancis (mendapat namanya dari jabatan Ardennes dan bekas kawasan Champagne-Ardenne), dan secara geologi ke Eifel—sambungan sebelah timur Hutan Ardennes ke Bitburg-Prüm, Jerman, kebanyakan kawasan Ardennes terdiri daripada tenggara Wallonia, bahagian selatan dan bahagian pedalaman Kerajaan Belgium (jauh dari dataran pantai tetapi merangkumi lebih separuh kawasan Belgium). Bahagian timur Ardennes membentuk bahagian paling utara dari Grand Duchy of Luxembourg, juga dipanggil "Oesling" (Bahasa Luxembourg: Éislek), dan pada bahagian tenggara kawasan Eifel bersambung ke Rhineland-Palatinate (negeri Jerman).Pokok-pokok dan sungai-sungai Ardennes membekalkan industri arang bawah tanah yang menghidupkan zaman perindustrian besar Wallonia pada abad ke-18 dan ke-19, apabila ia dikatakan kawasan perindustrian kedua terbesar dunia, selepas United Kingdom. Kawasan yang lebih besar mengekalkan kemuncak industri hingga abad ke-20 selepas arang batu menggantikan arang kayu dalam metalurgi.Para jeneral tentera Bersekutu dalam Perang Dunia II merasakan kawasan ini tidak dapat ditembusi oleh apa jenis kenderaan dan terutamanya armor, jadi kawasan ini secara efektifnya "tidak dipertahankan", menyebabkan Tentera Darat Jerman menggunakan kawasan ini sebanyak dua kali sebagai laluan pencerobohan ke Utara Perancis dan Selatan Belgium melalui Luxembourg dalam Pertempuran Perancis dan kemudian Pertempuran Bulge.