Hutan_Melintang

Pekan Hutan Melintang terletak di pantai barat negeri Perak, Malaysia. Hutan Melintang terletak berdekatan / bersebelahan dengan laut iaitu Selat Melaka. Oleh itu terdapat jeti nelayan dan perkampungan nelayan di Hutan Melintang. Hutan Melintang semakin terkenal kerana adanya medan ikan bakar dan jeti nelayan untuk mendapatkan ikan-ikan segar dalam jumlah yang banyak. Hutan Melintang terletak berdekatan dengan Teluk Intan, Jenderata, Bagan Datoh, Selekoh, Rungkup, Sungai Sumun di negeri Perak. Hutan Melintang juga berdekatan dengan muara Sungai Perak dan muara Sungai Bernam.Dari Kuala Lumpur, anda boleh menuju ke Hutan Melintang melalui jalan raya 4 lorong ke Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sungai Besar - Sabak Bernam dan akan jumpalah simpang 4. Belok ke sebelah kiri dan bertemu jeti Hutan Melintang. Masyarakat Cina ramai menjadi tauke-tauke nelayan. Mereka mempunyai bot-bot nelayan bersaiz besar dan menggunakan teknologi moden. Di tepian muara terdapat gudang / stor menyimpan dan memproses ikan. Terdapat juga pangkalan untuk membaiki bot nelayan. Di samping itu anda juga boleh menikmati mee kari yang lazat di Pak Mek Mee Kari. Restoran ini telah dibuka pada tahun 1999 dan diusahakan oleh seorang cina muslim.