Hutan_paya_gambut
Hutan_paya_gambut

Hutan_paya_gambut

Hutan Paya Gambut merujuk kepada kawasan hutan tropika dan subtropika yang terdapat di belakang hutan paya laut menghala ke darat di mana terdapat tanah gambut dan airnya yang kurang masin. Spesies utama yang terdapat di kawasan ini ialah pokok Meranti. Kawasan-kawasan hutan ini yang luas telah dibalak pada kadar yang tinggi. Pada sepanjang dekad yang lalu, kerajaan Indonesia telah menyalir sebilangan hutan paya gambut di pulau Borneo untuk dijadikan tanah pertanian. Tahun-tahun kering pada 1997-8 and 2002-3 mengakibatkan kebakaran-kebakaran yang besar di dalam hutan-hutan paya gambut. Sebuah kajian yang dilaksanakan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah mendapati bahawa hutan-hutan paya gambut merupakan suatu simpanan karbon yang penting untuk planet ini, dan kebakaran-kebakaran pada 1997-8 telah membebaskan sehingga 2.5 bilion tan karbon, dengan kebakaran-kebakaran pada 2002-3 membebaskan lagi antara 200 juta hingga 1 bilion tan karbon ke dalam atmosfera.