Hutan_tropika

Hutan tropika termasuklah hutan hujan malar hijau di garis lintang khatulistiwa dan hutan monsun tropika. Di hutan khatulistiwa pokok-pokok biasanya menggugurkan daunnya sedikit-sedikit ataupun menggugurkan daunnya mengikut musim tetapi kebanyakan daripada pokok itu mempunyai daunnya hampir seluruh masa dan sebab itu hutan ini kelihatan malar hijau. Di hutan monsun pokok-pokok ialah jenis daun-luruh yang menggugurkan daunnya pada musim kemarau dan tidak mengeluarkan daun baru sehingga musim hujan tiba. Isu sumber hutan tropika begitu mendapat perhatian di kalangan warga dunia terutama sekali dari negara-negara maju. Kebetulan pula sumber hutan ini tidak kedapatan di negara mereka, sebaliknya di negara bekas jajahan mereka iaitu negara sedang membangun. Kritikan dari negara maju begitu terasa terutama sekali dari kerajaan mereka dan pertubuhan yang terdapat di negara-negara tersebut.