Sejarah HyppTV

Logo lama HyppTV (2010 - 2018).
  • 2010, 24 Mac: Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi dilancarkan, besertakan perkhidmatan IPTV iaitu HyppTV untuk pelanggan rumah.[2]
  • 2012, 24 Mac: HyppTV menawarkan Platinum Pack yang menawarkan 30 saluran berbayar terpilih ketika itu dalam satu pakej pada harga RM30 (RM1/saluran) sebagai alternatif kepada membeli satu demi satu saluran pada harga yang lebih.
  • 2012, 26 November: HyppTV diperluas kepada pelanggan perniagaan UniFi.[3]
  • 2013, Januari: HyppTV menawarkan Ruby Pack yang terdiri daripada 10 saluran berbahasa Cina dan Asia pada harga RM30 sebulan (RM3/saluran).
  • 2013, Mei: HyppTV merombak semula Platinum Pack untuk pelanggan baharu supaya hanya merangkumi saluran-saluran berbayar berbentuk hiburan antarabangsa (selain Ruby Pack), di samping memperkenalkan Mega Pack dan Sports Pack.
  • 2013, Julai: HyppTV ditawarkan kepada pelanggan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps, di samping boleh ditonton dalam peranti mudah alih (telefon pintar dan tablet) melalui aplikasi HyppTV Everywhere yang diperkenalkan serentak dengannya.
  • 2013, 1 Ogos: Sejarah tercipta apabila Astro dan TM memeterai perjanjian untuk berkongsi siaran Astro SuperSport dan Astro SuperSport 2 di samping hak penyiaran Liga Perdana Inggeris dengan HyppTV. Perjanjian Astro dengan HyppTV bermula pada 1 Ogos 2013 sehingga siaran akhir 31 Julai 2016.[4]
  • 2013, 1 September: Siaran saluran baharu RTL CBS Entertainment HD dilancarkan.
  • 2014, 26 Mac: Saluran filem VOD berbahasa Malaysia yang pertama, Dunia Sinema dilancarkan – hasil kerjasama antara HyppTV dan Metrowealth International Group (MiG). Saluran ini menyiarkan filem-filem terbaik sepanjang zaman edaran MiG untuk tontonan seisi keluarga, dan boleh dilanggan dengan harga RM10 sebulan.
  • 2014, 1 April: Siaran RTL CBS Extreme HD dilancarkan.
  • 2014, 4 Ogos: Saluran asli HyppTV berbahasa Malaysia yang pertama, HyppSensasi HD dilancarkan.
  • 2014, 1 Oktober: Susulan kemunculan saluran Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD pada Ogos 2013, HyppTV melancarkan 3 lagi saluran di bawah naungan Astro; iaitu Astro Awani, Astro Oasis, Astro Vaanavil dan satu saluran dari India iaitu Makkal TV.
  • 2015, Januari: HyppTV merombak semula penawaran pakej sedia ada, termasuklah memperkenalkan tiga pakej baharu; iaitu Aneka Pack (RM30/bulan), Jumbo Pack (RM60/bulan), dan Varnam Pack (RM30/bulan). Keistimewaan Jumbo Pack ialah penawaran kandungan sukan daripada Sports Pack yang kini menjadi sebahagian daripada penawaran pakej ini, selain menamatkan penawaran Mega Pack dan Platinum Pack sebelum ini.
  • 2015, 1 September: Saluran EC Inspirasi ditukar nama kepada HyppInspirasi HD. Saluran baru turut dilancarkan iaitu DreamWorks Channel HD.
  • 2015, 1 Oktober: Saluran HyppInspirasi HD kini dijadikan saluran premium, sekali gus ditawarkan secara à la carte atau melalui langganan Aneka Pack.
  • 2016, 26 Ogos: HyppTV telah melancarkan rangkaian FOX Sports (FOX Sports HD, FOX Sports 2 HD, FOX Sports 3 HD & FOX Sports News HD) untuk semua pelanggan HyppTV yang melanggan Sports Pack atau secara à la carte.
  • 2016, 1 Oktober: HyppTV telah melancarkan BBC World News HD dan BBC First HD (VOD) untuk semua pelanggan HyppTV yang melanggan Jumbo Pack.
  • 2017, 1 April: HyppTV telah melancarkan 7 saluran baru; iaitu Zee TV, Zee Cinema, Zee Tamil, Pesona HD (gantian saluran MNC Channel), Sony SET, Sony SAB, dan tvN Movies HD, untuk meraikan 7 tahun kewujudan HyppTV.
  • 2017, Jun: HyppTV melancarkan pakej baru iaitu Jumbo Lite Pack dengan harga langganan RM30 sebulan, sebagai ganti kepada Platinum Pack sebelum ini; diiringi dengan pelancaran 2 saluran baru iaitu Animax HD dan Sony Channel HD.
  • 2017, 19 Jun: HyppTV membuka kesemua saluran termasuklah 5 saluran VOD HyppTV bermula 19 Jun sehingga 18 Julai untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
  • 2017, 1 Ogos: HyppTV telah melancarkan 3 saluran baru iaitu MTV Asia HD (gantian saluran MTV Live HD), Nickelodeon, dan Paramount Channel HD.
  • 2017, 15 Oktober: Perkhidmatan karaoke atas permintaan (on demand) pertama seumpamanya di Malaysia, HyppStars ditamatkan.
  • 2017, 22 Disember: HyppSensasi HD telah mencapai rekod 1 juta tontonan sejak pengenalan saluran pada 4 Ogos 2014.[5]
  • 2018, 12 Januari: HyppTV dan HyppTV Everywhere dijenamakan semula sebagai unifi TV dan playTV@unifi.
  • 2018, 15 Januari: Rancangan candawara (game show) interaktif bersiaran langsung yang pertama seumpamanya di Malaysia, Teka Tekan dilancarkan; yang mana membolehkan para pelanggan unifi TV menjawab soalan melalui alat kawalan jauh, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.[6]
  • 2018, Februari: Sejumlah saluran di bawah kendalian Walt Disney Company Asia (WDCA) telah dilancarkan di unifi TV. Saluran-saluran tersebut ialah FOX, FOX Life, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, National Geographic, Nat Geo Wild, BabyTV, dan Sky News.[7]
  • 2018, 1 Februari: unifi TV dengan kerjasama Football Malaysia LLP (FMLLP) membawakan acara perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2018 secara langsung di HyppSports HD, yang merangkumi unifi Liga Super Malaysia, unifi Piala Malaysia, 100Plus Liga Premier Malaysia, Piala Sumbangsih, dan Piala FA Malaysia.[8]
  • 2018, Mac: unifi TV melakukan rombakan semula dengan menyusun sejumlah 69 nombor saluran mengikut kesesuaian genre secara lebih teratur demi pengalaman tontonan yang lebih baik. Pengguna perlu melakukan but semula terhadap kotak atas set (STB) unifi TV bermula 1 Mac 2018 untuk menerima kemaskini ini.[9][10]
  • 2018, April: unifi TV sekali lagi merombak pakej-pakej langganan sedia ada, dengan memfokuskan kepelbagaian etnik dan sukan dalam satu pek mampu milik. Pek-pek unifi TV telah berubah nama kepada "Ultimate Pack" (sebelum ini Jumbo Pack), "Aneka Plus Pack", "Ruby Plus Pack", dan "Varnam Plus Pack." Sejumlah saluran baharu dari Walt Disney Company Asia (WDCA) kini tersedia untuk ditonton di aplikasi playTV@unifi, selain melancarkan sebuah saluran berbahasa Jepun iaitu NHK World Premium.[11]
  • 2018, 1 Jun: Dua saluran baharu dilancarkan, iaitu CJ WOW SHOP HD (saluran home shopping 24 jam oleh Media Prima & CJ O Shopping) dan Dunia Sinema HD (migrasi saluran VOD ke saluran TV).
  • 2019, 1 April: Rangkaian Zee (Zee TV, Zee Tamil, dan Zee Cinema) di Varnam Pack beralih kepada saluran-saluran baharu daripada rangkaian Colors Viacom 18 iaitu Colors, Colors Cineplex, dan Colors Tamil HD.
  • 2020, 15 Januari: Sejajar dengan pelancaran produk unifi Plus Box yang serba baharu, saluran televisyen beresolusi 4K yang pertama di unifi TV telah dilancarkan, iaitu Love Nature 4K.[12]
  • 2020, 7 Februari: TM Multimedia (TMM) sebagai penaja utama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), 'melantik' unifi TV sebagai penyiar rasmi secara eksklusif untuk kesemua acara bola sepak Liga Malaysia untuk tempoh tiga tahun mendatang menerusi platform televisyen, mudah alih, dan penstriman langsung secara atas talian.[13][14]