IEEE 802.11, selalunya terkenal dengan jenama
Wi-Fi, merupakan set standard
LAN tanpa wayar yang dibangunkan oleh kumpulan sekerja 11
IEEE LAN/MAN Standards Committee (
IEEE 802). Terma 802.11x juga digunakan untuk mewakili set pertukaran kepada standard. Terma IEEE 802.11 juga digunakan untuk merujuk kepada 802.11 (1997) yang asli, yang kadang-kala dikenali sebagai "802.11 lama". Untuk aplikasi untuk standard tersebut sila rujuk
Wi-Fi.Pada masa ini, keluarga 802.11 meliputi teknik
modul atas udara yang menggunakan protocol yang sama. Teknik yang paling popular ialah yang diberi pengertian b/g dan merupakan perubahan kepada standard asli; keselamatan yang dikatakan lemah disebabkan campur tangan pelbagai kerajaan tentang keperluan eksport dan kemuadiannya diperbaharui melalui pembaharuan 802.11i. 802.11n adalah modul yang terbaru dan masih berada dalam peringkat percubaan oleh pemegang hakcipta.Standard 802.11b dan 802.11g menggunakan gelombang 2.4 GHz (
gigahertz) yang beroperasi di di bawah
Part 15 dalam peraturan
FCC. Oleh sebab pilihan dalam gelombang, peralatan 802.11b dan 802.11g sering terganggu akibat penggunaan
oven mikrogelombang,
telefon tanpa wayar, perkakas
Bluetooth, radio amatur dan pebagai peralatan yang menggunakan gelombang yang sama.Segmen
frekuensi radio yang digunakan berbeza bagi setiap negara. Namun, apa yang pasti, gelombang radio 802.11b/g boleh digunakan tanpa perlu mengemukan lesen yang tertentu kepada kerajaan.