IGN
IGN

IGN

IGN (disingkatkan dan asalnya sebagai International Gaming Network - "Rangkaian Sukan Permainan Video Antarabangsa") ialah sebuah laman web berita dan ulasan multimedia yang bertumpu secara meluas kepada perkembangan dalam industri permainan video. Syarikat induk laman ini, IGN Entertainment, memiliki serta mengawal laman-laman berasingan IGN misalnya seperti GameSpy, Rotten Tomatoes dan AskMen.Laman web utama IGN terdiri daripada beberapa laman web khas yang lain, setiap daripada mereka menduduki domain kecil pada IGN. Lokasi laman web tersebut, seringkali digelar sebagai "saluran" (channels), meliputi beberapa topik:Setiap saluran ini terdiri daripada beberapa bahagian yang kecil, seperti Profil Permainan video/Filem, Senarai Produk, Preview, Ulasan, Ciri-ciri, Berita, Mailbag, Pilihan Editor, Tarikh Keluaran serta pautan-pautan kepada senarai bantuan terhadap permainan video tersebut.