INSEE

Institut Perangkaan dan Kajian Ekonomi Kebangsaan (Bahasa Perancis: Institut national de la statistique et des études économiques; singkatan: INSEE) adalah sebuah institut yang bertanggungjawab dalam penghasilan dan analisis untuk perangkaan rasmi, di mana ia mengumpulkan dan menerbitkan maklumat mengenai ekonomi dan rakyat Perancis dan menjalankan bancian kebangsaan secara berkala. INSEE ditubuhkan pada 1946 sebagai pengganti kepada Perkhidmatan Perangkaan Kebangsaan (SNS).Pengarah semasa bagi institut ini ialah Jean-Luc Tavernier, yang telah dilantik sejak Mac 2012.[1]