Perisian IPad

Multimedia

Susunan perpustakaan muzik menyerupai iPod. iPad boleh menyusun perpustakaannya mengikut lagu, artis, album, video, senarai main, komposer, genre, podcast, buku audio dan kompilasi. Pilihan yang diberikan selalunya ditunjukkan mengikut susunan abjad, kecuali dalam senarai main di mana susunan boleh dikekalkan seperti dalam iTunes.

Pengguna boleh memusingkan peranti mereka ke kedudukan melintang to mengakses Cover Flow. Seperti dalam iTunes, ciri ini menunjukkan kulit album yang berlainan dengan meleretkan jari di skrin. Pengguna juga boleh menggunakan kawalan headset untuk main, jeda, lompat dan ulang lagu.

Seperti iPod generasi kelima, iPad boleh memainkan video digital, membolehkan pengguna menonton rancangan TV dan filem di skrin lebar. Mengetuk jari dua kali ke skrin boleh menukar antara mod skrin lebar atau skrin penuh.

Ia mempunyai perisian yang membolehkan pengguna untuk memuat naik, lihat dan e-mel gambar yang diambil dengan kamera. Meleretkan dua jari merapati atau menjauhi antara satu sama lain membolehkan pengguna untuk zum keluar dan masuk. Aplikasi kamera juga membolehkan pengguna untuk melihat gambar di dalam filem kamera yang telah diambil dengan kamera iPad.

Mulai Jun 2012, pengguna boleh lagu melalui iTunes Store secara terus ke iPad mereka. [10]

Aplikasi

iPad didatangkan dengan beberapa aplikasi termasuk Safari, Mel, iPod, iTunes, App Store, iBooks, Peta, Nota, Kalendar dan Kenalan. Beberapa daripadanya adalah versi telah diperbaiki daripada aplikasi yang terdapat di iPhone atau Mac.

iPad boleh diselaraskan (sync) dengan iTunes di Mac atau Komputer Windows. Applikasi iWork yang sebelum ini hanya di Mac, dibawa masuk ke iPad dengan aplikasi Pages, Numbers, dan Keynotes yang telah disesuaikan untuk iPad. Walaupun iPad direka bukan untuk menggantikan telefon bimbit, pengguna boleh menggunakan headset atau speaker dan mikrofon terbina-dalam dan menelefon dengan sambungan Wi-Fi atau 3G menggunakan aplikasi VoIP.

Aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat turun dari App Store. Sehingga Oktober 2012, sebanyak 275,000 aplikasi untuk iPad tersedia di App Store dengan bilangan muat turun sebanyak 35 bilion[5].

iBooks

iPad mempunyai perisian iBooks yang boleh dimuat turun dari App Store yang membolehkan pengguna membaca e-buku dan kandungan berformat ePub yang lain yang dimuat turun dari iBookstore.[11] Selain itu, iBooks juga boleh digunakan untuk membaca fail berformat PDF.[12]

Semasa pelancaran iPad pada 3 April 2010, iBookstore hanya boleh diakses di Amerika sahaja. Walaupun ia kini boleh diakses di beberapa negara, para pengguna di malaysia masih tidak boleh membeli buku dari iBookstore kecuali buku-buku yang percuma[13]. Meskipun iPad dilihat sebagai pesaing kepada Kindle Amazon, Amazon telah mengeluarkan Kindle App untuk iPad.[14]

Walaupun iBooks berkeupayaan untuk membaca e-buku, kebanyakan syarikat penerbit dan akhbar menggunakan apps yang dibangunkan sendiri daripada menggunakan iBooks.