Spesifikasi IPad

Bateri

iPad dilengkapi dengan bateri cas semula litium-polimer terbina dalam. iPad telah direka untuk di cas dengan arus tinggi 2 ampere dengan menggunakan pengecas 10W yang telah disediakan menggunakan kabel USB. Walaupun ia kelihatan boleh dicaskan melalui sambungan ke komputer, ia hanya terhad kepada 500 miliampere sahaja. Hasilnya, jika disambungkan ke port USB komputer biasa, ia akan mengecas dengan perlahan, atau tidak akan mengecas langsung. Port USB berkuasa tinggi ada dilengkapkan pada komputer Apple dan aksesori-aksesori yang terbaru yang boleh memberikan keupayaan mengecas sepenuhnya.[7]

Menurut Apple, bateri iPad boleh bertahan sehingga 10 jam untuk menonton video, 140 jam untuk main semula muzik ataupun sebulan tunggu sedia (standby). Seperti bateri boleh cas semula yang lain, kapasiti bateri iPad akan susut masa ke masa dan ia telah direka supaya tidak boleh diganti oleh pengguna. Pengguna boleh menukar bateri iPad mereka dengan menghantarnya ke pusat servis yang berhampiran dengan bayaran.[8]

Walaupun penukaran bateri boleh dibuat oleh pihak selain daripada wakil Apple yang sah, ia boleh membuatkan jaminan iPad anda tidak sah.

Storan

iPad datang dengan 3 jenis storan ingatan kilat (flash memory) 16, 32 dan 64 GB. Storan ini tidak boleh dipertingkatkan kerana ketiadaan slot ingatan tambahan bagi membolehkan storan ditambah. Semua data disimpan dalam storan ini menyebabkan pengguna tidak boleh meggunakan storan yang ada ke tahap maksima. Walaupun pembaca kad SD dan slot USB dijual, ia hanya boleh memberkan pengguna untuk memindah gambar dan video sahaja.[9]

Sambungan selular

iPad ditawarkan dalam dua jenis: Wi-Fi dan Wi-Fi + selular. Semua iPad dilengkapkan dengan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n. iPad pertama dan iPad 2 menggunakan HSDPA (3G) dan juga EDGE (2G). iPad generasi ketiga pula dilengkapi dengan kebolehan menggunakan 3G LTE peralihan (ada juga yang mempromosikan sebagai 4G). iPad generasi keempat membolehkan pengguna untuk menggunakan 3G LTE dan juga 4G.

Di Malaysia, perkhidmatan selular disediakan oleh semua pemberi perkhidmatan.