ITunes
ITunes

ITunes

iTunes ialah sejenis aplikasi pemain media digital yang diperkenalkan oleh Apple pada 10 Januari 2001 di Macworld Expo di San Francisco,[3] untuk memainkan dan menyusun fail-fail muzik dan video digital. Program ini juga berfungsi sebagai antaramuka untuk mengurus kandungan dalam pemain media digital iPod yang popular dan juga dalam iPhone yang baru diperkenalkan. Tambahan pula, iTunes boleh dihubungkan ke iTunes Store (yang memerlukan sambungan Internet) untuk membeli dan memuat turun muzik digital, video muzik, rancangan televisyen, permainan iPod, buku audio, serta pelbagai siniar, filem cetera (pembelian dan penyewaan) dan nada dering.iTunes boleh dimuat turun tanpa berbayar untuk Mac OS X, Windows Vista, dan Windows XP dari laman web Apple. iTunes juga diikat dengan kesemua komputer Mac, dan sesetengah komputer HP dan Dell. Terdapat juga versi-versi yang lebih lama untuk Mac OS 9, OS X 10.0-10.2, dan Windows 2000.