IamNEETA

IamNeeta merupakan sebuah kumpulan muzik pop rock alternatif yang ditubuhkan pada tahun 2011. Mereka merupakan kumpulan muzik pertama yang popular di laman youtube dan berjaya menarik minat NAR Records untuk melamar mereka sebagai artis naungan di bawah syarikat ini. Kumpulan yang berasal dari Kedah, Malaysia ini dianggotai oleh Neeta Manishaa (Vokal), Patrick Anohada (Gitar) dan Anas Zakwan (Bass). Mereka memulakan debut dalam industri muzik Malaysia dengan mempertaruhkun single berjudul Tuhan Tolong Aku.[1]