Karya Ibn_Hajar_al-Asqalani

Ibn Hajar mengarang lebih dari 50 karya berkaitan hadis, istilah hadis, peniliaian biografi Perawi, history, tafsir al-Qur'an, puisi dan fikah Syafii.

  • Fath al-Bari – dianggap ulasan yang paling ulung dan andal berkaitan Jami al-Sahih karya Imam al-Bukhari: Ibn Hajar memulakan tugasnya mengarang ulasan tentang Sahih Bukhari pada tahun 1414 M (817 H). Ibn Rajab telah mula menulis sebuah ulasan panjang berkaitan Sahih Bukhari dalam tahun 1390-an dengan judul Fath al-Bari, justeru Ibn Hajar memilih untuk meemberi tajuk yang sama kepada ulasannya, yang dengan peredaran masa menjadi ulasan yang terunggul tentang Sahih Bukhari. Selepas selesai dan diterbitkan, pada Disember 1428 M (Rajab 842 H), satu majlis keraian yang dihadiri para ulama, kadi dan orang kenamaan lain, telah diadakan dekat Kaherah. Ibn Hajar membacakan halaman-halaman terakhir karyanya, dituruti kemudiannya oleh para pemuisi yang membacakan puisi pujian dan emas diagihkan. Mengikut sejarawan Ibn Iyaas (m. 930 H), majlis itu merupakan "keraian yang teragung di Mesir pada zaman itu."
  • al-Isaba fi tamyiz al-Sahaba – kamus yang paling lengkap berkaitan para Sahabat Nabi Muhammad (SAW).
  • al-Durar al-Kamina – kamus riwayat tokoh-tokoh abad kelapan [Masihi].
  • Tahdhib al-Tahdhib – singkatan Tahdhib al-Kamal, ensiklopedia perawi hadis karangan oleh Yusuf ibn Abd al-Rahman al-Mizzi
  • Taqrib al-Tahdhib – intisari Tahthib al-Tahthib.
  • Ta'jil al-Manfa'ah – riwayat perawi hadis Musnad empat Imam, yang tidak terkandung dalam al-Tahthib.
  • Bulugh al-Maram min adillat al-ahkam – berkaitan hadis yang digunakan oleh mazhab Shafii.
  • Nata'ij al-Afkar fi Takhrij Ahadith al-Adhkar
  • Lisan al-Mizan – kerja semula Mizan al-'Itidal karangan al-Dhahabi.
  • Talkhis al-Habir fi Takhrij al-Rafi`i al-Kabir
  • al-Diraya fi Takhrij Ahadith al-Hidaya
  • Taghliq al-Ta`liq `ala Sahih al-Bukhari
  • Risala Tadhkirat al-Athar
  • al-Matalib al-`Aliya bi Zawa'id al-Masanid al-Thamaniya
  • Nukhbat al-Fikar bersam-sama penjelasan beliau bertajuk Nuzhah al-Nathr dalam istilah hadis
  • al-Nukat ala Kitab ibn al-Salah – ulasan Muqaddimah (Pengenalan kepada Sains Hadis) karangan Ibn al-Salah
  • al-Qawl al-Musaddad fi Musnad Ahmad perbincangan berkaitan perbalahan tentang hadis yang dipertikai kesahihannya dalam Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal
  • Silsilat al-Dhahab
  • Ta`rif Ahl al-Taqdis bi Maratib al-Mawsufin bi al-Tadlis