Ibrahim_Ali_(Malaysia)
Ibrahim_Ali_(Malaysia)

Ibrahim_Ali_(Malaysia)

Dato' Dr. Ibrahim Ali[1] adalah seorang ahli politik Melayu Malaysia, berasal dari jajahan Pasir Mas, Kelantan. Beliau terkenal sebagai pengasas dan presiden pertubuhan hak Melayu Perkasa.[2][3]Datuk Ibrahim Ali dilahirkan pada 25 Jan 1951 di Kampung Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Beliau anak kelima dan anak tertua dari 13 anak. Bapanya ketua kampung di situ. Ada ramai keturunan Siam di sekitar kampungnya. Menurut sejarah, Pattani, Songkhla, dan Narathiwat dimiliki oleh kerajaan Kelantan sebelum diberikan kepada Thailand selepas perang. Bapanya pernah ditahan di bawah Akta 1958 kerana menjadi penyokong PAS. Bapanya pernah menjadi penganjur pertunjukan wayang kulit dan pertandingan tomoi Siam.Reputasi dan kredibiliti Ibrahim Ali terjejas selepas gagal menghadiri Perhimpunan Bersih 2011 pada 9 Julai 2011 walaupun sebelum itu telah mengugut untuk membawa rombongan seramai 15 ribu ahli Perkasa untuk melawan peserta perhimpunan Bersih. Beliau juga telah menasihat kaum Cina supaya menyimpan bekalan makanan dengan berkata "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara, jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan".[4] Mysinchew.com kemudian melaporkan bahawa beliau mengancam orang-orang Cina. Setelah ucapan demi ucapan berapi-api yang diberikan beliau, beliau tidak pula muncul pada hari yang dijanjikan. Setelah dihubungi media, beliau mendakwa yang beliau tidak sihat serta sebelum itu, tidak mendapat kebenaran isterinya.[5][6]

Ibrahim_Ali_(Malaysia)

Lahir (1951-01-25) 25 Januari 1951 (umurĀ 69)
Kampung Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
Pekerjaan Ahli Parlimen
Didahului oleh Ismail Noh (PAS)
Digantikan oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
(1987-1990, 1996-2003)
S46(1990-1996)
PAS(2008)
BEBAS (2004-2018)
PUTRA (2018-kini)
Majoriti 8,991

Rujukan

WikiPedia: Ibrahim_Ali_(Malaysia) http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=N... http://malaysiakini.com/news/127328 http://www.malaysiakini.com/news/126874 http://www.malaysiakini.com/news/145172 http://www.mysinchew.com/node/60408 http://www.pribumiperkasa.com/?p=5829 http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl...