Ibrahim_Din
Ibrahim_Din

Ibrahim_Din

Ibrahim Din (lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur, 1929-1996[1]) merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang paling dikenali dengan memainkan watak Mi dalam trilogi Do Re Mi bersama P Ramlee dan AR Tompel.Siri filem Do Re Mi dan Anak Bapak lakonan bersama P Ramlee antara filem yang berjaya mengangkat nama Ibrahim Din pada zaman kegemilangan perfileman Melayu ketika itu. Walaupun kerjaya lakonannya bermula lebih awal dengan membintangi filem Gadis Langkawi dan Sabarudin Tukang Kasut, tapi wataknya sebagai Mi dalam siri filem Do Re Mi memuncakkan namanya sebagai pelakon. Ibrahim meninggal dunia pada 16 Julai 1996 di Bandar Baru Sentul selepas lama menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.[2]