Ibrahim_Yaakob

Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang - meninggal pada 8 Mac 1979 di Jakarta, Indonesia Jenazah beliau disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nisannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217.Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat Kesatuan Melayu Muda adalah mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui penyatuan bersama Indonesia di bawah konsep Melayu Raya/Indonesia Raya..[1] Sebagai pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada Malaya dan secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti gerakan kelima.[2] Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera. Ini menyebabkan Ibrahim Yaakob tidak dipercayai oleh pihak British dan mendorong Ibrahim Yaakob berhijrah dan menetap di Indonesia sehingga tahun 1973. Beliau merupakan tokoh terkenal di Tanah Melayu, pelbagai tempat bersejarah diletakkan bersempena nama beliau.

Rujukan

WikiPedia: Ibrahim_Yaakob http://www.bartleby.com/67/2455.html http://ibnumadzir.blogspot.com/2008/11/kenali-toko... http://ibnumadzir.blogspot.com/2008/12/kenali-toko... http://books.google.com.my/books?id=c0LrqNu5-JEC&p... http://books.google.com.my/books?id=h9n-i40MY9QC&p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p072446188 http://isni.org/isni/0000000027729361 https://id.loc.gov/authorities/names/n86064081 https://d-nb.info/gnd/1026016401