Ibrahim_bin_Haji_Muhammad_Yusuf

Dato' Hj Ibrahim bin Yusoff (1871-1955) atau lebih masyhur dengan panggilan “Haji Ibrahim Tok Raja”. Beliau adalah ayahanda kepada Dato’ Haji Mohd Noor Bin Ibrahim, ulama’ dan Mufti Kerajaan Kelantan yang masyhur pada separuh bahagian kedua abad kedua puluh.Haji Ibrahim dilahirkan di Kampung Banggol, Kota Bharu pada 1871 dan pernah berguru kepada Tuan Guru Haji Abd. Malik Sungai Pinang sebelum menyambung belajar di Mekah dan Madinah dengan ramai tokoh-tokoh guru yang ternama, antaranya termasuklah Syeikh Hasbullah, Syeikh Abd. Rahman al-Fatani (Tok Gudang), Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, Syeikh Ahmad Yunus Lingga, Syeikh Mohd. Zain Sumbawa, Tuan Mokhtar Bogor, Tok Wan Ali Kutan, Tok Senggora dan lain-lain.Pada mulanya beliau menjadi guru di Madrasah Muhamadiah Majlis Ugama Islam Kelantan apabila sekolah berkenaan dibuka pada tahun 1917, sekaligus menjadi guru di Masjid Besar Kota Bharu. Pernah berdakwah ke Kemboja dan fasih berbahasa Cham. Antara murid-muridnya termasuklah nama-nama seperti Haji Yaakub Nipah (Bachok), Haji ismail Haji Ahmad (Gok Kapur), Haji Nik Uthman Ab. Karim (Kampung Amir, Besut), Haji Harun Bin Muhamad al-Samadi (Pulau Pinang) dan Haji Wan Taib Bin Haji Wan Musa (Rantau Panjang, Kelantan). Dilantik menjadi Mufti pada awal Mac 1928, tetapi memohon bersara pada Julai 1941.Tokoh yang kerap turun naik ke Mekah dan mertua kepada Tuan Guru Haji Sulung Patani ini meninggal dunia pada malam Jumaat 2hb. Jun 1955 sewaktu berusia 84 tahun

Ibrahim_bin_Haji_Muhammad_Yusuf

Lahir: 1871
Nama: Dato' Hj Ibrahim bin Yusoff
Etnik: Melayu
Gelaran: Haji Ibrahim Tok Raja
Wafat: 2 Jun, 1955
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu