Ibuprofen
Ibuprofen

Ibuprofen

Ibuprofen adalah sejenis dadah yang tergolong dalam kumpulan ubat anti-keradangan tanpa steroid ( nonsteroidal anti-inflammatory drug ) dan digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat artritis. Ibuprofen juga tergolong dalam kumpulan analgesik dan antipiretik. Dadah ini dijual di bawah tanda dagang Advil, Motrin, Nuprin dan Brufen.Ibuprofen selalunya digunakan sebagai ubat sakit kepala. Selain itu, dadah ini juga digunakan untuk mengurangkan sakit otot, sakit akibat haid, selesema, flu dan sakit selepas pembedahan. Nama kimia ibuprofen ialah asid 2-(4-Isobutil-fenil)-propoinik.
Ibuprofen wujud dalam dua enantiomer. Hanya S-Ibuprofen sahaja yang digunakan sebagai penahan sakit.