Kerjaya Ida_Nerina

Awal 1990-an melihat Ida menerokai program TV dan filem-filem cereka. Lakonannya sebagai E.J. dalam filem 1992 yang memenangi anugerah, Selubung arahan Shuhaimi Baba, ia merupakan persembahan pertamanya dalam sebuah filem cereka. Selepas itu beliau muncul dalam filem Pesona Cinta dan XX Ray II yang melayakkan beliau dicalonkan dalam dua kategori iaitu masing-masing untuk Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12. Selepas itu, Ida telah dicalonkan dan dianugerahi untuk banyak persembahannya dalam banyak filem tempatan termasuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1997 menerusi Layar Lara di Festival Filem Malaysia ke-13 untuk peranan lakonannya sebagai Ena Manjalara. Layar Lara, filem Melayu yang sangat popular juga mendapat penghargaan antarabangsa apabila dianugerahkan di Festival Filem Bebas Brussels pada tahun 1997.

Ida yang telah terlibat secara aktif dalam industri perfileman Malaysia muncul dalam beberapa filem Melayu yang terkenal seperti Mimpi Moon, Sara, dan Pontianak Harum Sundal Malam. Sepanjang tahun Ida telah bekerjasama dengan ramai pengarah seperti Aziz M. Osman, Yasmin Ahmad, Datuk Yusof Haslam, Shuhaimi Baba, Datuk Lat dan banyak lagi; dan terus menjayakan peranan dalam industri filem negaranya. Pada tahun 2008, Ida menyertai rancangan televisyen realiti The Amazing Race Asia 3 bersama Tania Khan, di mana mereka tamat di tempat ketiga.[7]

Rujukan

WikiPedia: Ida_Nerina http://www.imdb.com/name/nm0626228/ http://www.myartis.com/2013/10/meskipun-berkerusi-... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.sinarharian.com.my/ida-nerina-cukup-ber... http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=081... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://idanerina.net/ https://id.loc.gov/authorities/names/no2011049651