Bunga rasmi Identiti Sabah

Bunga Pakma Raksasa

Bunga pakma merupakan bunga terbesar di dunia, dan bunga paktma spesies Rafflesia arnoldii (pakma raksasa) merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 centimeter (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.

Berkaitan