Idli
Idli

Idli

Idli (Kannada: ಇಡ್ಲಿ, Tamil: இட்லி, Telugu: ఇడ్లి, Malayalam: ഇഡ്ലി) antara perumian yang lain adalah idly atau iddly, idlis (kata jamak), merupakan makanan masyarakat selatan India ketika sarapan. Ia juga dipanggil kuih beras kukus dikalangan orang Melayu di Malaysia. Bentuk fizikal seperti kek kecil yang tidak tebal, ia tidak manis dan ia bukan kuih putu piring, walaupun menggunakan beras sebagai bahan asas. Kuih ini sangat popular di serata selatan India, termasuk Karnataka, Tamil Nadu, Pondicherry, Kerala, Andhra Pradesh dan Sri Lanka. Kuih ini juga boleh didapati di restoran-restoran India di Malaysia dan Singapura, kerana susur galur orang India di negara ini adalah kebanyakkan datang dari India Selatan. Saiz kuih ini dalam ukuran dua ke tiga inci diameter. Bahan untuk membuat kuih ini dari bater campuran kacang dal hitam yang ditapai dan beras, kemudian ia dikukus. Proses penapaian ini membenarkan pemecahan kanji supaya ia boleh dimetabolismakan oleh badan. Kuih ini dihidang bersama chutney dan sambal sebagai bahan pencecah atau perasa.

Idli

Variasi Idli nipis,tatte idli (seperti lempeng), sanna, sambar idli, rava idli
Suhu penghidangan Dihidang panas bersama chutney dan sambal
Jenis sajian Sarapan, makanan ringan, jarang di kala makan malam
Bahan utama Kacang dal hitam, beras
Tempat asal India Selatan

Berkaitan