Ijazah
Ijazah

Ijazah

Ijazah merujuk kepada mana-mana dalam selingkungan besar tahap darjat yang dikurniakan oleh institusi pengajian tinggi, seperti universiti, secara amnya sebagai ganjaran bagi kejayaan menyiapkan satu program pengajian. Perkataan ‘Ijazah’ berasal daripada bahasa Arab yang diambil dari kata dasar ‘ajaza’. Ibn Manzur mengungkapkan di dalam kitabnya Lisan al – ‘Arab dengan merujuk kepada ilmu etimologi , ia bermaksud bersandar di atas sesuatu sepertimana bersandar di atas kusyen. Al – Fayruzabadi di dalam al – Qamus al – Muhit menyatakan ia bermakna untuk memberi kebenaran, lesen atau kuasa / hak.[1]