Menu
Ikan dan kentang goreng PembuatanJenis ikan yang lazim dipakai bergantung kepada keberadaan ikan sumber di kawasan setempat: cod dan haddock merupakan jenis ikan yang lazim dipakai di United Kingdom dan Ireland misalnya.[1]
Daging ikan ini kemudiannya disadurkan dengan bater bancuhan tepung, air serta bahan penggelembung untuk menjadikan bater membuih ringan - baik menggunakan campuran cuka dan natrium bikarbonat atau bir - sebelum digoreng jeluk.
Orang British biasanya menyediakan kepingan kentang yang lebih tebal berbanding potongan bentuk jejari yang lazim dipakai waralaba Amerika Syarikat - potongan kentang jenis ini digelar "home fries" atau "steak fries".[2][3]
Selain dari perbezaan pada istilah, gabungan kepingan isi kentang dihidang panas dengan ikan masih mempunyai nama "ikan dan kentang goreng" di kebanyakan restoran A.S. yang menghidang makanan itu, tetapi sedikit restoran A.S. akan memberikan "kentang garing" berbanding "kentang goreng" apabila seorang pelanggan memesan "ikan dan kentang goreng".[4][5]
Garam dan cuka sering ditambahkan sebagai bahan perasa selepas jamuan siap dimasak.[6] Kacang pis lenyek (mushy peas)[7] serta pelbagai jenis jeruk turut dihidangkan bersama.[8]
Amerika Syarikat pula lebih menggunakan sos tartar sebagai sos lazim hidangan.
Menu
Ikan dan kentang goreng PembuatanBerkaitan
Ikan Ikan bayan Ikan emas Ikan bandaraya Ikan (makanan) Ikan Kelisa Emas Malaysia Ikan Sepat Padi Ikan dan kentang goreng Ikan Belacak Ikan heringRujukan
WikiPedia: Ikan dan kentang goreng http://www.bbcgoodfood.com/recipes/3411/crispy-fis... http://www.foodnetwork.com/food/recipes/recipe/0,,... http://www.foodnetwork.com/food/recipes/recipe/0,,... http://www.irishtimes.com http://www.oterrills.com/ajc_review.htm http://www.whiteysfishcamp.com/indexx.htm http://britishfoodhistory.wordpress.com/2012/09/23... http://web.archive.org/web/20080116221706/http://w... http://web.archive.org/web/20110806163826/http://w... http://www.seafish.org/plate/fishandchips.asp