Ikan_Trout
Ikan_Trout

Ikan_Trout

Ikan trout hidup dalam air yang sejuk, bersih, dan tinggi kandungan oksigen.Biasanya, ikan ini boleh didapati di kawasan sungai-sungai di gunung dan sungai yang tidak tercemar. Ikan trout turut dikenali sebagai ikan air tawar terpantas berenang kerana memiliki kelajuan berenang antara 10 hingga 20 kilometer sejam. Ketika di dalam suhu air lima hingga sepuluh darjah Celsius ikan trout akan menjadi lebih aktif. Biasanya ikan ini hidup dalam kumpulan terpencil dan akan mempertahankan kawasannya apabila diganggu. Makanannya adalah haiwan yang agak besar seperti ikan minnows, serangga, dan larva.