Iklim_(kumpulan)

Kumpulan Iklim merupakan sebuah kumpulan rock terkenal di Malaysia dan Indonesia. Mereka dikenali menerusi lagu "Suci Dalam Debu" ciptaan Wan Zul dan lirik oleh S. Amin Shahab.Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock yang muncul pada akhir dekad 1980-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan (slow rock).