Iklim_subtropika_lembap
Iklim_subtropika_lembap

Iklim_subtropika_lembap

Iklim subtropika lembap (Köppen Cfa atau Cwa) ialah zon iklim yang bercirikan musim panas yang panas dan lembap, dan musim sejuk yang nyaman. Jenis iklim ini merangkumi kategori iklim yang luas, jadi istilah "subtropika" mungkin tidak kena dengan iklim bermusim sejuk. Kerpasan tinggi dialami kebanyakan kawasan beriklim ini pada semua musim. Hujan (dan adakalanya salji) pada musim sejuk dikaitkan dengan ribut besar yang dibawa oleh angin baratan dari barat ke timur. Pada musim panas, kebanyakan hujan turun dalam keadaan ribut petir dan ribut tropika, taufan atau siklon sekali-sekala. Iklim subtropika lembap terletak di tepi tenggara semua benua di antara garis lintang 25° dan 40° utara dan selatan. Antara yang kecualinya di mana zon iklim ini mencecah garis lintang 46° utara adalah di Lembah Po, Toulouse dan sepanjang pesisiran Laut Hitam di Eropah. Skim Köppen menakrifkan iklim ini dengan suhu min bulan tersejuk di antara −3 °C (27 °F) dan 18 °C (64 °F), dan bulan terpanasnya pula mencecah 22 °C (72 °F); sama ada musim sejuknya kering, iaitu kurang satu persepuluh kerpasan bulan musim panas terlembap (Köppen: w), atau tiada musim kering (Köppen: f, iaitu musim sejuknya menerima lebih satu persepuluh kerpasan bulan musim panas terlembap, dan musim panasnya menerima sekurang-kurangnya 40 mm (1.6 in) sebulan atau lebih satu pertiga bulan musim sejuk terlembap).[1]