Ikon_Malaysia

Ikon Malaysia rangan pertandingan menyanyi realiti yang tidak seperti pertandingan sebegini yang lain, kerana rancangan ini bukan mencari bintang baru, sebaliknya mencari seorang tokoh baru antara artis-artis sedia ada. Rancangan ini dilancarkan bersama Ikon Indonesia dan Ikon Philippines pada lewat tahun 2006 sebagai satu inisiatif untuk mencari bintang yang layak mewakili negara masing-masing dalam peringkat Asia Tenggara.Ikon Malaysia mula disiarkan di Astro Ria pada bulan Mei 2007 dengan Sarimah Ibrahim dan Dynas Mokhtar sebagai pengacaranya.