Ilya_Buang

Illya Buang bin Shaharum dilahirkan pada (1967-11-15) 15 November 1967 (umurĀ 52) di Ulu Kinta, Perak. Illya atau lebih dikenali sebagai Pak Ya merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia yang lahir dari Sinaran Passport Kegemilangan, sebuah program realiti TV3 yang diadakan pada tahun 1995. Pada ketika itu, Illya merupakan anggota kumpulan Serba Salah yang turut dianggotai oleh Wahid Senario dan Hamdan Ramli.Selepas menjadi juara dalam pertandingan tersebut beliau telah menganggotai Senario iaitu sebuah kumpulan lawak yang ditubuhkan pada tahun 1996. Pada tahun 1998 beliau bersama Hamdan Ramli telah mengundurkan diri dari Senario sementara Wahid masih berada dalam kumpulan tersebut. Pada tahun 2002 beliau bersama Hamdan Ramli dan Yassin Yahya (bekas kumpulan Senario) menubuhkan kumpulan Aku Kaya. Kumpulan ini bertahan sehingga tahun 2005 sebelumĀ mereka semua bergerak secara solo.Pada tahun 2011, Illya bersama rakan baiknya Hamdan Ramli menubuhkan kumpulan Hiro yang turut dianggotai Ropie Cecupak untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2011 namun tersingkir di Minggu ke-5.Pada tahun 2014, beliau menyertai kumpulan Sepahtu untuk bersaing di pentas MLM 2014 namun beliau mengundurkan diri pada Minggu 5 atas masalah kesihatan.Pada tahun 2016, beliau kembali bersama kumpulan Senario.