Imaduddin_Zangi

Imaduddin Zangi (s. 1085 – 14 September 1146) (juga Zangi, Zengui, Zenki, atau Zanki / Bahasa Turki: İmadeddin Zengi / Bahasa Arab: عماد الدین زنكي‎) adalah atabeg dari Mosul, Aleppo, Hama dan Edessa dan pengasas dinasti Zengid, yang mana berasal dari nama beliau. Imaduddin, penguasa Turki dari Mosul, merupakan pemimpin yang pertama dalam sejarah, setelah ekspansi tentera salib semasa Perang Salib Pertama, yang memimpin para mujahidin Islam. Dengan bantuan seorang ulama, Ibn al-Khasysyab, meraka membawa umat Islam ke arah kemenangan menentang tentera salib dalam Pertempuran Ladang Darah di Balath. Kemenangan ini membawa impak yang besar kepada psikologi umat Islam dan menghapus tanggapan mereka tentang kekuatan tentera salib.Kemenangan Imaduddin pada tahun 1144 mengukuhkan rasa percaya diri mereka. Kemampuan pasukan Imaduddin merebut Edessa sangat berharga kerana Edessa merupakan kota Negara Salib pertama yang berhasil direbut oleh umat Islam. Walaupun dua tahun kemudian Imaduddin tewas akibat dibunuh, Imaduddin tetap seorang pahlawan bagi umat Islam yang membakar semangat jihad mereka. Semangat jihad diteruskan oleh Nuruddin, tokoh utama Islam semasa Perang Salib Kedua yang juga putera kepada Zengi.