Imej janaan komputer (
bahasa Inggeris: computer-generated imagery, dipendekkan sebagai
CGI) merupakan aplikasi
grafik komputer ke
kesan khas dalam
filem,
rancangan televisyen,
iklan televisyen,
pensimulasi dan simulasi umumnya, dan media cetak.
Permainan video selalunya menggunakan grafik komputer masa-sebenar (jarang disebut sebagai CGI), tetapi mungkin juga dimasukkan pra-render "babak yang dipotong" dan movie pendahuluan yang selalunya menggunakan aplikasi CGI. Ini dirujuk sebagai
FMV.CGI digunakan untuk
kesan visual kerana kesan lebih terkawal berbanding proses fizikal yang lain, seperti membina miniatur untuk kesan rakam atau orang ramai, dan kerana ia membenarkan pembuatan imej yang tidak mampu dilakukan oleh
teknologi lain. Ia juga boleh membenarkan seorang artis menerbit kandungan tanpa penggunaan
pelakon, hiasan, atau barang lakonan.
Perisian Komputer seperti
Maya dan
Softimage XSI digunakan untuk membuat imej janaan komputer untuk filem, dll. Kemudahan terbaru perisian CGI dan kelajuan komputer yang meningkat telah membolehkan artis individu dan syarikat-syarikat kecil untuk menghasilkan filem, permaianan, dan seni halus tahap handalan melalui komputer rumah. Ini telah membawa cabang kebudayaan Internet dengan set selebriti global, klise dan perbendaharaan kata teknikal nya sendiri.Pensilumasi, pengsimulasi penerbangan khususnya, dan simulasi secara amnya, membuat banyak penggunaan teknik CGI untuk mengambarkan Dunia Luar (OTW). Syarikat-syarikat yang membuat simulator penerbangan tahap tertinggi seperti yang digelar 'Level D' (tahap tertinggi teknikal bagi latihan pesawat sivil dan diiktiraf di kedua-dua belah Atlantik) biasanya menghasilkan sistem CGI mereka sendiri untuk kegunaan dalam simulator mereka. Syarikat simulator lain membeli sistem CGI daripada pembekal pakar. Syarikat-syarikat yang membuat simulator penerbangan Level D termasuklah CAE (Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat), FSI (USA), Link division of L-3 Communications, Lockheed Martin (Orlando), Rockwell Collins (USA) dan Thales (Perancis dan UK).Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.