Imperialisme

Imperialisme merupakan istilah umum bagi merujuk kepada penjajahan dan penguasaan terhadap negara-negara kecil oleh kuasa-kuasa asing bagi kepentingan ekonomi dan politik. Imperialisme berkembang sempena Revolusi Perindustrian pada abad ke-19 apabila negara-negara industri seperti United Kingdom dan Perancis memerlukan bahan mentah untuk kilang industri mereka dan juga pasaran untuk produk mereka.