Impian_Illyana

Impian Illyana ialah judul bagi rancangan drama televisyen Malaysia yang diterbit oleh Red Communications. Rancangan ini dikatakan unik berbanding drama-drama lain kerana terdapat satu unsur interaktif yang mana pada penghujung setiap episod, para penonton diajak untuk meneka tindakan yang akan dilakukan oleh watak utama dalam setiap episod seterusnya melalui peraduan SMS. Lebih-lebih lagi, siri ini disiarkan lima episod seminggu (Isnin hingga Jumaat), dan panjang setiap episod cuma 15 minit, ditambah dengan siaran ulangan 30 minit pada hujung minggu yang menggabungkan kelima-lima episod asal dalam seminggu.Kini, musim ketiga siri ini sedang disiarkan pada waktu 3.30 tengahari di TV3. Siri ini pernah disiarkan musim pertamanya di ntv7 (2004-05), kemudian di TV9 (2006) bagi musim keduanya.