Sejarah Implan_koklea

Penemuan bahawa rangsangan elektrik dalam sistem auditori mampu mewujudkan satu persepsi bunyi telah berlaku sekitar tahun 1790. Rangsangan pertama saraf akustik dengan elektrod telah dilakukan pada tahun 1950 oleh pakar bedah Perancis-Algeria, André Djourno dan Charles Eyriès. Mereka meletakkan wayar pada saraf yang terdedah semasa operasi, dan melaporkan bahawa pesakit mendengar bunyi seperti "roda rolet" dan "kriket" apabila arus dikenakan. Pelbagai peningkatan telah dilakukan dari tahun 1950 hinggalah pada 5 oktober 2005, seorang daripada tiga penerima telah menjalani pemedahan implan dengan menggunakan alatan Cochlear’s TIKI di Melbourne, Australia.

Percubaan pertama untuk membangunkan CI secara klinikal adalah pada tahun 1957 oleh Djourno dan Eyriès. Penerima A telah dimasukkan dengan peranti saluran tunggal. Bunyi diproses telah dihantar melalui sepasang gegelung seperti solenoid. Hubungan dengan itu adalah Transcutaneous, ia tidak memerlukan kulit yang pecah selepas implantasi. Peranti ini dalam masa yang singkat dan peranti lain telah diimplan. Selepas peranti kedua ini gagal, Eyriès enggan memasang implan peranti ketiga. Beliau menggesa Djourno untuk bekerjasama dengan rakan kongsi industri untuk membina peranti yang lebih dipercayai. Djourno enggan kerana beliau percaya ahli akademik tidak boleh dicemari oleh perdagangan. Djourno berhubung dengan satu lagi pakar bedah, Roger Maspétiol, yang mengimplant pesakit kedua pada tahun 1958. Walaupun penerima tidak dapat memahami ucapan dengan alat itu sahaja, ia membantu dengan membaca bibir dengan memberikan irama ucapan.

Masalah pendengaran boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Antara yang paling lazim adalah kongenital ( bayi dilahirkan dengan kecacatan ), jangkitan telinga tengah, meningitis, pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat dan faktor usia.Sekiranya hanya telinga tengah yang terjejas, tetapi tidak teruk, penggunaan alat bantu pendengaran untuk menguatkan bunyi sudah memadai. Bagaimanapun, jika kerosakan membabitkan keseluruhan telinga tengah atau berlaku kehilangan sel-sel rerambut di dalam koklea ( tetapi sarat auditori/saraf pendengaran masih berada dalam keadaan sempurna, implan koklea mungkin berupaya mengembalikan semula sebahagian daripada pendengaran.Hari ini, para pengguna alat prostetik itu mampu berkomunikasi secara normal tanpa perlu membaca pergerakan bibir atau menggunakan bahasa isyarat lagi. Malah, sesetengahnya boleh bercakap menggunakan telefon.Implan koklear atau telinga bionik, tidak mengembalikan pendengaran seperti manusia normal.Kebanyakan pesakit menggambarkannya sebagai bunyi yang mekanikal.Bagaimanapun, bersama masa dan amalan yang berterusan, otak akan melakukan penyesuaian terhadap bunyi-bunyi baru dan isyarat pentuturan.

Menurut Ketua Pakar Audiologi, Pusat Perubatan Sunway, Mazwin Omar.Sejak mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) pada awal tahun 1980-an, sebanyak lebih 60,000 pemasangan implan koklear dilakukan diseluruh dunia. Sebahagian besar darinya terdiri daripada kanak-kanak yang pekak sejak dilahirkan, seawal usia 12 bulan dan paling tua berusia 93 tahun. Implan koklear juga berjaya dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai masalah perubatan lain seperti cerebral palsi, diabetes, tekanan darah tinggi, tinitus, ketidakupayaan pembelajaran dan sebagainya.

Rujukan

WikiPedia: Implan_koklea http://www.theage.com.au/news/business/cochlear-he... http://www.advancedbionics.com/ http://auditoryneuroscience.com/CI_success_story http://auditoryneuroscience.com/prosthetics/noise_... http://www.cochlear.com/ http://www.cochlear.com/wps/wcm/connect/in/home/co... http://www.cochlear.com/wps/wcm/connect/in/home/un... http://www.kidshearnow.com/family_resource_center.... http://www.nature.com/nature/journal/v352/n6332/ab... http://www.ted.com/talks/charles_limb_building_the...