In_absentia

In absentia adalah istilah Latin bagi "di dalam ketiadaannya". Di dalam penggunaan undang-undang, ia biasanya bermakna di dalam perbicaraan di mana seorang defendan tidak hadir, dan ia berkaitan dengan hak seorang defendan untuk hadir di dalam right to be present in court prosiding mahkamah di dalam perbicaraan jenayah.Di dalam sistem-sistem perundangan common law, sabitan seseorang in absentia, iaitu di dalam perbicaraan dalam mana dia tidak menghadirinya untuk menjawab pendakwaan itu, dianggap sebagai perlanggaran keadilan semulajadi. Khususnya, ia melanggar prinsip keadilan semulajadi, audi alteram partem. Sebaliknya di dalam beberapa sistem-sistem perundangan sivil, seperti Itali, perbicaraan in absentia dibolehkan, yang mungkin memerlukan kehadiran peguam defendan bergantung kepada sesebuah negara.