Kerajaan India

Rencana utama: Kerajaan India

India ialah negara demokrasi terbesar di dunia.[21] Perlembagaannya menyifatkan India sebauh republik demokratik yang berdaulat, sosialis dan sekular.[22] India mengendali bentuk kerajaan persekutuan dan sebuah parlimen dwidewan yang beroperasi berasaskan sistem parlimen gaya Westminster. Kerajaan India teridir daripada tiga cabang, iaitu Perundangan, Eksekutif, dan Kehakiman. Presiden India ialah ketua negara rasmi[22] yang dilantik secara tidak langsung oleh badan pemilih[23] untuk penggal lima tahun.[24] Namun begitu, ketua kerajaan sebenar ialah Perdana Menteriyang melaksanakan kebanyakan kuasa eksekutif.[22] Perdana Menteri dilantik oleh Presiden,[25] dengan syarat bahawa Perdana Menteri menikmati sokongan parti atau parti campuran yang meraih majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat di Parlimen.

Perundangan India berbentuk Parlimen dwidewan yang terdiri daripada Dewan Pertuanan yang bergelar Rajya Sabha (Majlis Negeri-negeri) dan Dewan Rakyat yang bergelar Lok Sabha (Dewan Rakyat).[22] Rajya Sabha, sebuah perbadanan yang kekal, mempunyai seramai 250 ahli yang berkhidmat dalam penggal enam tahun.[26] Kebanyakan ahli-ahli ini dilantik secara tidak langsung oleh perundangan peringkat negeri dan wilayah seimbang kepada populasi negeri.[26] 545 ahli Lok Sabha dilantik secara terus oleh undian popular untuk mewakili kawasan pengundian masing-masing selama lima tahun.[26]

Cabang eksekutif terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, dan Majlis Menteri-menteri (Kabinet selaku jawatankuasa eksekutifnya) yang diketuai Perdana Menteri. Mana-mana menteri yang memegang portfolio mestilah merupakan seotang ahli mana-mana dewan atau parliment. Dalam sistem parlimen India, cabang eksekutif ialah pihak bawahan kepada perundangan, dengan Perdana Menteri dan Majlis beliau bertanggungjawab secara langsung kepada Dewan Rakyat.[27]

Kehakiman bebas India terdiri daripada Mahkamah Agung yang diketuai Ketua Hakim India. Mahkamah Agung memegang bidang kuasa asal terhadap perselisihan antara negeri-negeri dan Pusat, bidang kuasa pendengaran rayuan terhadap 21 Mahkamah Tinggi India, dan kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana undang-undang kesatuan dan negeri sebagai batal dan tidak sah jika didapati bertentangan dengan struktur asas Perlembagaan India.[27]

Rujukan

WikiPedia: India http://www.bmj.com/cgi/content/full/328/7452/1338 http://www.britannica.com/nations/India http://www.business-standard.com/common/storypage.... http://www.harappa.com/indus/indus1.html http://economictimes.indiatimes.com/Mr_Rupee_pulls... http://encarta.msn.com/encyclopedia_761571624/Gupt... http://www.time.com/time/2005/100movies/the_comple... http://www.time.com/time/asia/asia/magazine/1999/9... http://www.ers.usda.gov/Briefing/India/ http://www.legco.gov.hk/yr04-05/english/sec/librar...