Sejarah India

Rencana utama: Sejarah India

hinduism atau Tamil adalah agama yang paling tertua didunia Dan juga penguatkuasaan tempat permulaan agama mereka di semua negara termasuk negara Islam dan lain lain. Agama hinduism adalah Agama asal untuk semua agama dalam sejarah tamadun manusia.

Perteduhan batu-batu Zaman Batu yang dihiasi lukisan di Bhimbetka, Madhya Pradesh merupakan kesan kewujudan manusia yang terawal diketahui di India. Pendudukan tetap terawal yang dikenali muncul lebih 9,000 tahun dahulu dan lambat launnya berkembang menjadi Tamadun Lembah Indus,[9] sejak 3300 SM di India barat, diikuti oleh Tamadun Veda yang memberi asas kepada penubuhan agama Hindu dan aspek-aspek budaya yang lain dalam masyarakat India purba. Sejak sekitar 550 SM, banyak kerajaan dan republik berdaulat yang dikenali sebagai Mahajanapada ditubuhkan di seluruh negara.[10]

Lukisan cat dalam Gua Ajanta di Aurangabad, Maharashtra. abad ke-2 SM[11]

Empayar yang membina Dinasti Maurya di bawah Maharaja Asoka menyatukan kebanyakan kawasan Asia Selatan pada abad ke-3 SM.[12] Sejak 180 SM, menyusulnya serangan berturut-turut dari Asia Tengah, dimasuk yang dibawa oleh orang Indo-Yunani, Indo-Scythia, Indo-Parthia dan Kushan di bahagian barat laut Subbenua India. Sejak abad ke-3 M, Dinasti Gupta menyaksikan zaman yang dikatakan sebagai "Zaman Keemasan India".[13][14] Sementara bahagian utara mempunyai bilangan kecil kerajaan besar, India selatan pula mengalami beberapa dinasti seperti kerajaan Rashtrakuta, Chalukya, Pallava dan Chola, yang bertindan zaman dan wilayahnya.[perlu rujukan] Ilmu sains, kejuruteraan, kesenian, sastera, astronomi, dan falsafah berkembang di bawah naungan raja-raja ini.

Berikutan serangan dari Asia Tengah antara abad ke-10 dan ke-12, kebanyakan India utara tertakluk di bawah pemerintahan Kesultanan Delhi, dan kemudiannya dinasti Mughal. Maharaja-maharaja Mughal beransur-ansur mengembangkan kerajaan mereka untuk meliputi bahagian besar subbenua. Bagaimanapun, beberapa negara pribumi seperti Empayar Vijayanagara berkembang maju, terutamanya di selatan. Pada abad ke-17 dan ke-18, keagungan Mughal merosot dan giliran Empayar Maratha untuk mendominasi. Sejak abad ke-16, beberapa negara Eropah, termasuk Portugal, Belanda, Perancis, dan United Kingdom, mula tiba sebagai pedagang yang kemudiannya mengambil kesempatan terhadap ketegangan hubungan antara kerajaan-kerajaan tempatan untuk menubuhkan jajahan di India. Menjelang tahun 1856, kebanyakan India tetakluk di bawah kawalan Syarikat Hindia Timur Inggeris.[15] Setahun kemudian, satu pemberontakan oleh unit-unit tentera dan kerajaan-kerajaan di seluruh negara, yang bergelar Perang Kemerdekaan India Pertama atau Pemberontakan Sipahi mencabar pemerintah British dengan serius tetapi akhirnya gagal. Akibatnya, India tertakluk di bawah kawalan langusng Mahkota British sebagai sebuah jajahan Empayar British.

Pada separuh pertama abad ke-20, satu perjuangan kemerdekaan peringkat kebangsaan dilancarkan oleh Kongres Kebangsaan India dan pertubuhan politik yang lain. Berjuta-juta penunjuk perasaan di bawah pimpinan Mahatma Gandhi dan menunjukkan komitmen kepada ahimsa atau tiada keganasan, terlibat dalam kempen keingkaran awam beramai-ramai.[16] Akhirnya, pada 15 Ogos 1947, India mencapai kemerdekaan dari cengkaman British, namun kemudiannya dipecahkan untuk memenuhi hasrat Liga Muslim, sepanjang sempadan keagamaan untuk menghasilkan negara-bangsa Islam iaitu Pakistan.[17] Tiga tahun kemudian, pada 26 Januari 1950, India menjadi sebuah republik, dan satu perlembagaan baru dikuatkuasakan.[7]

Sejak mencapai kemerdekaan, India telah mengalami keganasan dan pemberontakan sektarian di merata negara, namun masih mampu mengekalkan perpaduan dan demokrasinya. India masih menghadapi pertikaian wilayah yang belum diselesaikan dengan China yang mencetuskan Perang China-India yang singkat pada tahun 1962; dan juga dengan Pakistan, yang mengakibatkan peperangan pada tahun 1947, 1965, 1971 dan 1999. India ialah sebuah negara ahli pengasas Pergerakan Negara-negara Berkecuali dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (sebagai sebahagian India British). Pada tahun 1974, India menjalankan ujian nuklear bawah tanah.[18] Ini disusuli pula dengan lima lagi ujian pada tahun 1998, menjadikan India sebuah negara nuklear.[18] Mulai tahun 1991, pembaharuan ekonomi penting[19] telah mengubah wajah India sebagaisalah sebuah ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, menambahkan pengaruhnya di peringkat serantau dan antarabangsa.[20]

Rujukan

WikiPedia: India http://www.bmj.com/cgi/content/full/328/7452/1338 http://www.britannica.com/nations/India http://www.business-standard.com/common/storypage.... http://www.harappa.com/indus/indus1.html http://economictimes.indiatimes.com/Mr_Rupee_pulls... http://encarta.msn.com/encyclopedia_761571624/Gupt... http://www.time.com/time/2005/100movies/the_comple... http://www.time.com/time/asia/asia/magazine/1999/9... http://www.ers.usda.gov/Briefing/India/ http://www.legco.gov.hk/yr04-05/english/sec/librar...