India SelatanIndia Selatan ialah kawasan
India yang merangkumi negeri
Andhra Pradesh,
Karnataka,
Kerala, dan
Tamil Nadu, serta juga
wilayah kesatuan Lakshadweep dan
Pondicherry. Luasnya 19.3% daripada seluruh kawasan India. India Selatan terletak di
semenanjung Penara Deccan dan disempadani oleh:Geografinya berbeza-beza dan merangkumi dua
banjaran gunung —
Ghat Barat dan
Ghat Timur — serta sebuah
penara di kawasan tengah.
Sungai Godavari,
Sungai Krishna,
Sungai Tungabhadra, dan
Sungai Kaveri ialah sungai tak
sentiasa berair yang merupakan sumber air yang penting. Sebilangan besar orang India Selatan bertutur dalam salah satu daripada lima
bahasa Dravidia —
Kannada,
Malayalam,
Tamil,
Telugu, dan
Tulu. Pada sepanjang
sejarahnya, sebilangan kerajaan dinasti memerintah berbagai-bagai bahagian India Selatan, dengan serangan mereka yang merentasi
Asia Selatan dan
Asia Tenggara mempengaruhi sejarah dan
budaya negara bangsa moden seperti
Sri Lanka,
Singapura,
Filipina,
Indonesia,
Thailand dan
Malaysia. Kawasan itu
dijajah oleh
Britain dan kemudian beransur-ansur diserap ke dalam
Empayar British. Gaya
kesusasteraan dan
seni bina yang berkembang pada sepanjang dua ribu tahun yang lalu amat berbeza dengan gaya di bahagian-bahagian negara yang lain. Politik India Selatan dikuasai oleh parti-parti politik kawasan yang lebih kecil, berbanding dengan parti-parti politik negara di kawasan yang lain.Selepas mengalami naik turun pada dekad-dekad selepas
kemerdekaan India, negeri-negeri India Selatan mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada tiga dekad yang lalu, berbanding dengan pertumbuhan dekad purata negara. India Selatan ditempatkan tertinggi daripada segi
pembangunan sosioekonomi seperti
kadar kesuburan dan
infrastruktur, dengan kadar kesuburannya sebanyak 1.9 merupakan kadar yang paling rendah antara semua kawasan di India.
[1] Walaupun demikian,
ketaksamaan ekonomi,
buta huruf, dan
kemiskinan masih menjejaskan kawasan ini, sebagaimana dengan kawasan-kawasan yang lain di negara.
Pertanian ialah penyumbang tunggal yang utama kepada
keluaran dalam negeri bersih (KDNB), manakala
teknologi maklumat (IT) merupakan teknologi yang berkembang dengan pesat.