Indira_Gandhi
Indira_Gandhi

Indira_Gandhi

Indira Priyadarshini Gandhi (Bahasa Hindi: इंदिरा प्रियदर्शिनी गांधी) (19 November 1917 - 31 Oktober 1984) ialah Perdana Menteri India selama tiga penggal berturut-turut dari tahun 1966 hingga 1977 serta penggal keempatnya mulai tahun 1980 sehingga dibunuh pada tahun 1984. Beliau ialah perdana menteri wanita yang pertama dan satu-satunya dalam sejarah India. Beliau dikenali kerana menubuhkan satu pemerintahan diktator dengan mengisytiharkan Darurat setelah sebuah mahkamah membatalkan pemilihan beliau pada tahun 1975, serta memenangi Operasi Bintang Biru menentang kumpulan militan Sikh yang akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau. Indira yang lahir dalam dinasti Nehru yang berpengaruh dalam politik ini membesar dalam suasana yang diselubungi politik. Datuk beliau Motilal Nehru adalah seorang pemimpin nasionalis India yang sohor. Sekembalinya ke India dari Universiti Oxford pada tahun 1941, beliau telribat dalam gerakan kemerdekaan India.Pada 1950-an, beliau secara tidak rasminya menjadi pembantu peribadi bapa beliau yang ketika itu menjadi Perdana Menteri India yang pertama. Selepas kematian bapa beliau pada tahun 1964, beliau dilantik sebagai seorang ahli Rajya Sabha oleh Presiden India dan menjadi seorang ahli Kabinet Lal Bahadur Shastri sebagai Menteri Penerangan dan Penyiaran[1]. Setelah dipilih menjadi Perdana Menteri oleh orang dalam Parti Kongres selepas kematian Shastri, Gandhi kemudiannya menunjukkan kebolehan beliau untuk memenangi pilihanraya dan mengatasi lawan-lawannya melalui populisme. Beliau memperkenalkan banyak lagi dasar ekonomi sayap kiri dan memupuk produktiviti pertanian. Kemenangan besar dalam perang menentang Pakistan pada tahun 1971 disusuli satu zaman huru-hara yang menyebabkan beliau mengenakan Darurat pada tahun 1975; akibat pemerintahan autoritarian yang berlebih-lebih, beliau menerima padah kehilangan kuasa kepada pembangkang selama tiga tahun.Sekembalinya ke jawatan perdana menteri pada tahun 1980, belaiu semakin banyak terlibat dalam satu konflik menjadi-jadi menentang golongan pemisah di Punjab yang akhirnya menagkibatkan beliau dibunuh oleh penjaga keselamatan sendiri pada tahun 1984.