Demografi Indonesia

Rencana utama: Demografi Indonesia
Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam.

Jumlah penduduk Indonesia mengikut bancian tahun 2018 ialah 265.764.970 juta orang,[9] dan Biro Statistik Pusat Indonesia dan Statistik Indonesia mengganggarkan populasi sebanyak 265.764.970 juta pada 2018.[8]Pembahagian penduduk Indonesia ada dalam dua kelompok. Belahan barat Indonesia sebahagian besar beretnik Melayu dan bahagian timur Indonesia beretnik Papua. Selain itu ada juga penduduk pendatang yang jumlahnya kecil iaitu etnik Cina, India, dan Arab. Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam (87.2% mengikut banci 2010)[10] dan sisanya penganut agama Kristian (9.9%), Hindu (1.7%), Buddha (0.7%), dan sebagainya.

Taburan penduduk Indonesia tidak serata. Pulau Jawa yang merupakan pusat pemerintahan ialah pulau yang terpadat, dengan setengah daripada jumlah penduduknya. Kenaikan kadar pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi. Penduduk Indonesia yang mendiami pulau-pulau di sebelah utara sangat sedikit, berbanding dengan negara-negara berjiran yang besar seperti Jepun, China dan India. Dengan demikian, daerah-daerah Indonesia yang agak kosong beserta kekayaan alamnya berpotensi menjadi sasaran untuk dasar-dasar lebensraum (dasar peluasan kuasa) oleh kuasa-kuasa di sebelah utara tersebut.

Agama di Indonesia
AgamaPeratus
Islam
  
87.2%
Kristian
  
9.9%
Hinduism
  
1.7%
Buddha
  
0.7%
Lain
  
0.5%
(Bancian tahun 2010)