Politik Indonesia

Rencana utama: Politik Indonesia
Gedung Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Jakarta ialah gedung parlimen di Indonesia

Garuda Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kata Sanskrit, "panca" yang bererti 'lima', dan "sila" yang bererti 'dasar'. Pancasila terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:

  • Kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa
  • Kemanusiaan yang Adil dan Beradab
  • Perpaduan Indonesia
  • Demokrasi yang dibimbing oleh Kebijaksanaan yang berasal daripada Musyawarah/Perwakilan
  • Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia

Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut dinamakan Demokrasi Pancasila.

Presiden Indonesia saat ini adalah Joko Widodo, yang disokong oleh Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP). Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) adalah lembaga dwidewan yang terdiri daripada 560 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu wakil rakyat yang dipilih melalui parti politik, ditambah 132 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) iaitu wakil provinsi yang dipilih melalui pemilihan wilayah.[11] Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pilihan raya dan dilantik untuk masa jabatan selama lima tahun. Saat ini MPR diketuai oleh Bambang Soesatyo, DPR oleh Puan Maharani, sedangkan DPD oleh La Nyalla Mattalitti.