Influenza babi
Influenza babi

Influenza babi

Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.[2]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Influenza babi http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,2204... http://www.antena3noticias.com/PortalA3N/noticia/s... http://www.calgaryherald.com/Health/Swine+pandemic... http://www.newscientist.com/article/dn17025-deadly... http://www.reuters.com/article/bondsNews/idUSN2548... http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3706679,... http://www.vetmed.iastate.edu/departments/vdpam/sw... http://www.cidrap.umn.edu/cidrap/content/influenza... http://www.cidrap.umn.edu/cidrap/content/influenza... http://www.elmundo.es/elmundo/2009/04/26/espana/12...